Monday, October 20, 2008
Bapaku.....
Bapaku Hj Zainuddin b Hj Md Bahari adalah seorang yang sangat baik, pengasih, penyabar dan pemurah. Sepanjang hidupku, aku tak pernah melihat dia marah jauh sekali memukul anak-anaknya. Dia selalu menasihati anak-anaknya dengan cara berbincang. Aku sangat-sangat merinduinya ketika aku dilanda kesedihan. Aku sentiasa berdoa semoga dia ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh. Kematian adalah sesuatu yang mengakibatkan kita menjadi sangat sedih. Semakin lama semakin masa berlalu kita akan merasa sangat merindunya.
Wednesday, October 15, 2008
Meneruskan persekolahan.....
Empat tahun di sekolah rendah, aku menduduki peperiksaan untuk masuk ke Special Malay Class. Aku lulus. Ia adalah di sekolah aliran Bahasa Inggeris. Beralihlah aku bersekolah di Sekolah Rendah Iskandar Shah Parit. Waktu itu kampungku tiada jalan raya. Untuk ke Parit aku terpaksa menyberangi Sungai Perak dengan menggunakan sampai yang di kayuh oleh bapaku. Kebetulan bapaku juga mengajar di Layang-Layang kanan.
Thursday, October 9, 2008
Entah mengapa.....
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku asyik teringatkan sejarah hidupku. Aku dilahirkan di Kg. Paloh Layang-Layang kiri, Parit, Perak. Bapaku Hj Zainuddin bin Hj Mat Bahari. Ibuku Hjh Hawariah binti Md Daweh. Kedua ibu dan bapa adalah seorang pendidik. Aku anak sulung daripada lima beradik. Adikku kedua ialah Hj Muhammad Ghazali, ketiga Hjh Fadzillah, keempat ialah Muhammad Amin dan yang bongsu ialah Muhammad Zakuan. Sekolah awalku ialah Sekolah Kebangsaan Layang-Layang kiri. Banyak peristiwa manis semasa di sekolah rendah. Aku masih teringat pada suatu hari pelawat telah datang dan aku telah lari balik ke rumah.Rumah aku pun tak jauh dari sekolah.....lucu kan? Aku sangat sayangkan sekolah ku. Hanya aku seorang yang menjadi pendidik. Sampai sekarang beberapa program telah ku buat untuk sekolah itu. Aku ingin berkongsi pengalaman dengan murid-muridnya, supaya mereka mendapat pendedahan......
Tuesday, October 7, 2008
Bisikan hati......
Bagi aku kehidupan adalah satu perjalanan yang sangat panjang yang aku tidak tahu bilakah akan sampai ke penghujungnya. Semua kita akan menuju ke arah itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)