Tuesday, September 1, 2009

Pengalaman hidup....

Kehidupan adalah suatu perjalanan yang panjang di mana saya sendiri tidak tahu di mana penghujungnya. Hanya Allah sahaja yang tahu bila saya akan sampai ke perhentiannya. Jadi sepanjang kehidupan ini saya pasti akan melakukan kesilapan dan kesalahan. Tetapi saya masih berpeluang untuk membaiki kesilapan, keslahan dan menerima semuanya dengan lapang dada . Allah mengetahui segala-galanya. Hanya Allah yang boleh membantu untuk menyelesaikan semua masalah. Saya amat percaya bahawa setiap yang terjadi kepada diri saya ada hikmahnya dan Allah tidak akan menduga saya di luar kemampuan saya. Saya bersyukur telah diberi Allah suami yang baik, anak-anak yang baik, menantu-menantu yang baik dan setakat ini sepuluh orang cucu yang comel dan bijak. Saya berdoa agar keluarga saya sentiasa diberkati dan mendekatkan diri kepada Allah, solat sebaik sahaja masuk waktunya, berbuat baik kepada semua orang dan tidak pernah buruk sangka terhadap sesiapa pun. Insya-Allah hidup kita ada bahagia.