Tuesday, September 1, 2009

Pengalaman hidup....

Kehidupan adalah suatu perjalanan yang panjang di mana saya sendiri tidak tahu di mana penghujungnya. Hanya Allah sahaja yang tahu bila saya akan sampai ke perhentiannya. Jadi sepanjang kehidupan ini saya pasti akan melakukan kesilapan dan kesalahan. Tetapi saya masih berpeluang untuk membaiki kesilapan, keslahan dan menerima semuanya dengan lapang dada . Allah mengetahui segala-galanya. Hanya Allah yang boleh membantu untuk menyelesaikan semua masalah. Saya amat percaya bahawa setiap yang terjadi kepada diri saya ada hikmahnya dan Allah tidak akan menduga saya di luar kemampuan saya. Saya bersyukur telah diberi Allah suami yang baik, anak-anak yang baik, menantu-menantu yang baik dan setakat ini sepuluh orang cucu yang comel dan bijak. Saya berdoa agar keluarga saya sentiasa diberkati dan mendekatkan diri kepada Allah, solat sebaik sahaja masuk waktunya, berbuat baik kepada semua orang dan tidak pernah buruk sangka terhadap sesiapa pun. Insya-Allah hidup kita ada bahagia.


Sunday, May 31, 2009

Hari jadi ku yang ke 61......

Hari ini usiaku genap 61 tahun. Rasanya terlalu cepat masa berlalu. Masih terbayang zaman kanak-kanak, zaman persekolahan, zaman remaja, zaman bercinta, berkahwin, bekerja dan kini dah 5 tahun pencen. Sekarang anak dah 5 0rang, menantu baru 4 orang dan cucu baru 10 orang.... Sepanjang kehidupanku....banyak peristiwa yang telah ku lalui....
Walau pun dalam meninti kehidupan tak semuanye indah, tetapi yang indah tetap hidup dalam kenangan...
Dalam hidup ini, pertama sekali kita mesti redha dengan setiap yang berlaku kepada diri kita. Ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tidak menduga kita melebihi kemamapuan kita. Kedua adalah sabar. Jangan cepat putus asa dan jangan cepat melatah. Terjalak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.
Hidup kita ini sekali sahaja. Gunakan kehidupan kita ini dengan penuh kesyukuran dan sentiasa melakukan kebaikan. Percayalah hidup kita akan sentiasa tenang. Hidup dalam dunia yang serba mencabar ini kita mesti berpegang teguh kepada Agama. Sebelum melakukan sesuatu kita mesti memikirkan buruk baik akibat perbuatan kita itu.

Monday, May 25, 2009

Hububungan kekeluargaan sangat penting.....

Assalamualaikum.......
sekali lagi kita bertemu, kali ini aku akan menceritakan tentang pentingnya hubungan kekeluargaan. Setelah ibu dan bapaku meninggal, kami adik beradik sentiasa mengekalkan hubungan yang sangat erat. Sentiasa berhubung di antara satu sama lain. Jika ada sebarang masalah kami sentiasa berbincang.
Kami juga telah menubuhkan tabung keluarga. Sesiapa yang telah berkerja akan mencarum sebanyak RM 10.00 seorang sebulan., sejak tahun 2005. Tujuannya adalah untuk membantu jika ada ahli keluarga yang ditimpa kesusahan......
Aku sangat sayangkan adik-adik dan anak-anak saudaraku kerana ini sahaja yang aku ada lagi dalam dunia ini. Aku sentiasa berdoa agar keluargaku sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. dan semoga Allah memberikan rezeki yang halal kepada keluargaku….. Insya-Allah.....

Tuesday, May 19, 2009

Datuk ku...

Datuk ku…..

Datuk di sebelah bapakku bernama Hj Md Bahari. Dia keurunan Minang (kampar ) berasal dari Bukit Tinggi Sumatra. Dia seorang yang sangat gigih dan kuat bekerja. Dengar ceritanya waktu mudanya dia berniaga. Kerjanya hanyalah seorang penoreh getah. Tetapi apa yang aku kagum dengan dia ialah, dia telah membawa Opahku menunaikan haji sebanyak tiga kali, dua ibu saudaraku dan bapak sekali dan dia sendiri menunaikan haji sebanyak tujuh kali. Dia meninggal dunia pada tahun 1966. Aku sedih kerana dia tidak sempat balik ke Sumatra sebelum dia meninggal, kerana waktu itu Negara Indonesia telah melakukan konfrantasi dengan Malaysia. Biasanya setahun sekali dia akan pulang ke negaranya untuk menjengok adik beradiknya. Semasa pulang dia akan membawa kain baju, pinggan mangkuk dan lain-lain barang yang susah didapati di sana.